Mengenali Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Selamat sejahtera kepada para pembaca sekalian. Di harap para pembaca dapat
berkongsi pendapat bersama saya di dalam setiap entri penulisan saya.
Pada
kali ini, saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai apa itu Pendidikan
Awal
Kanak-Kanak. Siapa itu kanak-kanak dan apakah keperluan mereka.
Secara
umumnya, pendidikan awal kanak-kanak
ditakrifkan sebagai pendidikan kanak-kanak yang bermula daripada saat
kelahirannya hingga kepada umur lapan tahun. Pendidikan ini termasuk program
–program untuk bayi (infants) , untuk kanak-kanak yang baru bertatih (toddlers)
, untuk sekolah asuhan kanak-kanak (child care) , dan program-program
prasekolah yang termasuk kindergarten dan peringkat sekolah rendah. Kadang-kadang
prndidikan awal kanak-kanak dirujuk kepada program-program yang diperuntukkan
kepada kanak-kanak di bawah umur enam tahun, atau kanak-kanak sebelum memasuki
kindergarten.
Kanak-kanak
ialah manusia muda, iaitu seseorang yang masih muda, iaitu seseorang yang masih
belum mencapai baligh. Peringkat perkembangan manusia adalah bermula dari bayi,
kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua.
Moga perkongsian saya ini dapat memberikan satu penambahan info buat kalian sebagai pembaca :)
