Thursday, 15 October 2015

Forum : Soalan 2


KANAK-KANAK DAN BAPA : KEPENTINGAN HUBUNGAN PERAPATAN

Salam sejahtera buat para pembaca entri saya sekalian. Diharap kalian semua berada dalam keadaan yang baik dan sihat selalu.

Untuk membincangkan topik in, terlebih dahulu saya akan menceritakan definisi dan seterusnya kepentingannya dalam kehidupan kanak-kanak.

Definisi bagi hubungan perapatan adalah satu hubungan kasih sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Perapatan juga berfungsi untuk memberi rasa selamat , selesa dan seronok kepada seseorang. Ianya telah terjalin sejak lahir lagi iaitu semasa bayi berada dalam kandungan seorang ibu. Menurut (Pipp & Haromon, 1987) , perapatan merupakan sejenis hubungan emosi yang kuat antara dua individu yang cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, senyuman atau percakapan. Dalam perkembangan emosi bayi, perapatan yang dibentuk adalah di antara bayi dengan penjaganya. Manakala menurut (Erikson,1986), tahun pertama merupakan jangka masa yang penting membentuk ikatan atau bond atau perapatan antara bayi dan penjaganya. Beliau juga menekankan bahawa kekuatan ikatan ini ditentukan oleh respons yang ditunjukkan oleh ibu bapa atau penjaga kepada bayi.


hubungan perapatan anak dan bapa menjana pembentukan anak-anak
Gambar : sumber dari Google

Hubungan perapatan antara ibu bapa penjaga sangat penting untuk membentuk peribadi dan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak. Menjurus kepada hubngan perapatan antara bapa dan anak, ianya sangat perlu bagi memastikan anak tidak hanya mendapat perhatian dari si ibu malahan perhatian juga perlu didapati daripada si bapa.

Anak-anak yang tidak mempunyai hubungan perapatan yang baik dengan bapa akan menjejaskan nilai moral yang akan terbentuk dalam diri mereka. Hubungan perapatan dengan bapa atau ibu mempengaruhi sosioemosi anak-anak untuk mengharungi sejauhmana anak-anak menilai diri, menganggap diri mereka berharga, dan berhubungan dengan orang lain. Hubungan perapatan dengan bapa selalunya menjadi masalah buat anak-anak kerana ramai di antara mereka beranggapan bahawa bapa merupakan individu yang digeruni dan dilabel sebagai seorang yang garang.


Sehubungan dengan itu, hubungan perapatan bapa dengan anak-anak amatlah penting dalam mensosialisaikan dan membangkitkan nilai-nilai dalam diri anak-anak. Diharap perkongsian saya kali ini, memberikan input yang baik buat kalian semua.


P/S: Semoga perkongsian ini dapat ditambah dengan komen dan pandangan dari para pembaca sekalian

Forum : Soalan 1



TAHAP SOSIOEMOSI DAN KANAK KANAK


Selamat sejahtera kepada para pembaca sekalian. Entri saya pada kali ini adalah berkisar mengenai sosioemosi kanak-kanak yang dibina melalui beberapa faktor persekitaran.
Namun, di sini saya ingin menggariskan faktor yang penting mempengaruhi nilai sosioemosi kanak-kanak iaitu yang datang dari pengaruh rakan sebaya.

Perkembangan sosioemosi ialah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.
Perkembangan ini dapat dilihat sama ada melalui tingkah laku positif seperti berkongsi, berdikari dan mengikut peraturan atau tingkahlaku negative seperti bergaduh, mengasingkan diri dan kurang berkeyakinan diri. Faktor persekitaran kehidupan kanak-kanak banyak mempengaruhi nilai sosioemosi seseorang kanak-kanak.

Antara mereka yang beroleh pengaruh kuat dalam mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak adalah dari kalangan rakan sebaya mereka. Rakan sebaya merupakan individu yang paling kuat member pengaruh kepada kanak-kanak dengan diperkuatkan lagi melalui satu kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale yang menyatakan , kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka Malecki & Elliott,1999. Apa sahaja penyebab seseorang pelajar itu Berjaya adalah pengaruh rakan sebaya kepada mereka. Namun apabila umur kanak-kanak semakin meningkat dewasa , mereka tidak lagi memikirkan hal tersebut. Mereka akan menerima sahaja sesiapa yang ingin berkawan dengan mereka yang mereka selesa dan seronok. Jadi, cara menerima seseorang itu masuk dalam hidup kita bergantung kepada bagaimana perasaan kita terhadap orang itu.

Kajian Quek Miow Leng,2006 , tentang kumpulan sebaya banyak membawa kesan terhadap pencapaian dan aspirasi pelajar jika dibandingkan dengan latar belakang atau komposisi sekolah. Manakala Nursuhaili 2010 , turut menyatakan bahawa rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan kebolehan sosial serta kognisi sosial. Menurut beliau juga, selain  daripada mengembangkan kebolehan dan kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang individu. Tingkah laku yang biasnya dipengaruhi biasanya merangkumi cara bercakap, cara berpakaian dalam kehidupan seharian, dan juga cara kanak-kanak itu menuntut ilmu. 


sumber dari Google
                                     

Menurut Nursuhaili,2010 ,kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku , personaliti, kemahiran, serta kebolehan. Peranan rakan sebaya bagi kanak-kanak adalah sebahagian dari lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Menurut pandangan Rohani Abdullah, 2001  beliau menekankan kepentingan peranan rakan sebaya adalah sangat positif dalam mempengaruhi perkembangan sosial , bahasa dan pendidikan seseorang kanak-kanak.

Jelaslah di sini, perkembangan sosioemosi kanak-kanak perlulah dibentuk dan dipupuk sedari mereka kecil lagi. Sila lontarkan pandangan dan komen anda di entri saya pada kali ini. Moga kita dapat bertukar pandangan dan berkongsi info yang lebih mengenai sosioemosi dan kanak-kanak.


Sekian dahulu coretan entri saya pada kali ini. J