TAHAP SOSIOEMOSI DAN KANAK KANAK
Selamat sejahtera kepada para pembaca
sekalian. Entri saya pada kali ini adalah berkisar mengenai sosioemosi
kanak-kanak yang dibina melalui beberapa faktor persekitaran.
Namun, di sini saya ingin menggariskan
faktor yang penting mempengaruhi nilai sosioemosi kanak-kanak iaitu yang datang
dari pengaruh rakan sebaya.
Perkembangan sosioemosi ialah
keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap
sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.
Perkembangan ini dapat dilihat sama
ada melalui tingkah laku positif seperti berkongsi, berdikari dan mengikut
peraturan atau tingkahlaku negative seperti bergaduh, mengasingkan diri dan
kurang berkeyakinan diri. Faktor persekitaran kehidupan kanak-kanak banyak
mempengaruhi nilai sosioemosi seseorang kanak-kanak.
Antara mereka yang beroleh pengaruh
kuat dalam mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak adalah dari kalangan rakan
sebaya mereka. Rakan sebaya merupakan individu yang paling kuat member pengaruh
kepada kanak-kanak dengan diperkuatkan lagi melalui satu kajian yang dijalankan
oleh Student
Social Support Scale yang menyatakan , kanak-kanak merasakan rakan
mereka adalah penting kepada mereka Malecki
& Elliott,1999. Apa sahaja penyebab seseorang pelajar itu Berjaya
adalah pengaruh rakan sebaya kepada mereka. Namun apabila umur kanak-kanak
semakin meningkat dewasa , mereka tidak lagi memikirkan hal tersebut. Mereka
akan menerima sahaja sesiapa yang ingin berkawan dengan mereka yang mereka
selesa dan seronok. Jadi, cara menerima seseorang itu masuk dalam hidup kita
bergantung kepada bagaimana perasaan kita terhadap orang itu.
Kajian Quek Miow Leng,2006 , tentang kumpulan sebaya banyak membawa
kesan terhadap pencapaian dan aspirasi pelajar jika dibandingkan dengan latar
belakang atau komposisi sekolah. Manakala Nursuhaili 2010 , turut menyatakan bahawa rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting
dalam mengembangkan kebolehan sosial serta kognisi sosial. Menurut beliau juga,
selain daripada mengembangkan kebolehan
dan kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku
seseorang individu. Tingkah laku yang biasnya dipengaruhi biasanya merangkumi
cara bercakap, cara berpakaian dalam kehidupan seharian, dan juga cara
kanak-kanak itu menuntut ilmu.
![]() |
| sumber dari Google |
Menurut Nursuhaili,2010 ,kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya
sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku ,
personaliti, kemahiran, serta kebolehan. Peranan rakan sebaya bagi kanak-kanak
adalah sebahagian dari lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga.
Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan
dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Menurut pandangan Rohani
Abdullah, 2001 beliau menekankan kepentingan peranan rakan sebaya adalah sangat
positif dalam mempengaruhi perkembangan sosial , bahasa dan pendidikan
seseorang kanak-kanak.
Jelaslah di sini, perkembangan
sosioemosi kanak-kanak perlulah dibentuk dan dipupuk sedari mereka kecil lagi.
Sila lontarkan pandangan dan komen anda di entri saya pada kali ini. Moga kita
dapat bertukar pandangan dan berkongsi info yang lebih mengenai sosioemosi dan
kanak-kanak.
Sekian dahulu coretan entri saya pada
kali ini. J

Salam sejahtera Saudara Rassel. Tajuk yang telah Saudara ulas sangat menarik. Saya ingin menambahkan sedikit pendapat tentang tajuk yang telah saudara ulas .Rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah (Che Noraini, 2005). Hal ini kerana di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.Selain itu, yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia pula telah mengenal pasti bahawa faktor rakan sebaya merupakan antara faktor penting yang menyebabkan golongan remaja terjebak kepada perlakuan salah laku sosial. Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan persekitaran. Sekian sahaja dari saya. Terima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih saudari Esterrina kerana sudi berkongsikan pendapat saudari tentang isu yang telah saya ulas. Saya menyokong pendapat saudari yang mengatakan bahawa rakan sebaya juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi JERI seseorang kanak-kanak. Oleh itu, faktor pemilihan kawan yang baik juga memainkan peranan penting agar seseorang kanak-kanak tersebut tidak salah berkawan dengan orang yang mempunyai sikap yang negatif dan sekali gus dapat mempengaruhi sikap kanak-kanak tersebut di sepanjang proses pembesarannya.
DeleteSalam sejahtera dan salam satu malaysia saudara Ressel, izinkan saya memberi pendapat. melalui pandangan saya, rakan sebaya adalah fokus yang penting dalam kehidupan. ia memainkan peranan yang penting dalam pergaulan. Antara peranan-peranan rakan sebaya ialah mereka boleh menjadi kawan kerana mereka boleh memberi pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain. Mereka juga kadang kala boleh menjadi lawan kepada kita kerana mereka mampu mempengaruhi kita dalam bentuk yang negatif atau kejahatan. Rakan sebaya yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang baik akan terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti meningkatkan kemahiran diri manakala rakan sebaya daripada kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah akan memberi kesan yang sama kepada rakan-rakan yang lain. Ini kerana rakan sebaya yang negatif mempengaruhi rakan yang lain untuk bertingkah laku bertentangan dengan tuntutan agama dan norma-norma masyarakat. Nilai-nilai murni yang ditanam dalam kalangan pelajar sejak kecil lagi mungkin tidak mempunyai kesan yang banyak terhadap pengaruh tingkah laku sekiranya pelajar berkenaan tidak berupaya menolak pengaruh rakan sebaya. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar remaja berkenaan boleh berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya.Untuk pengetahuan kita semua, rakan sebaya juga adalah orang-orang yang paling hebat dalam membantu kita mencapai kejayaan akademik. Hal ini demikian, mereka ini mempunyai tahap pemikiran yang sama dengan kita. Jadi, jika mereka memahami sesuatu, mereka boleh terangkan kepada kita dengan lebih mudah. Rakan sebaya juga boleh menjadi sumber rujukan dan sistem sokongan kepada kita. Namun, kita perlu berhati-hati, kerana tidak semua rakan sebaya boleh membantu kita dan pastinya akan ada yang cuba menarik kita ke arah kegagalan walaupun itu bukan niat mereka sebenarnya. Mereka juga turut menyumbang kepada berlakunya masalah gejala sosial terutamanya kepada pelajar-pelajar yag tercicir dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga. Ini adalah fakta yag mengatakan bahawa pengaruh rakan sebaya memang antara punca utama yang boleh membuatkan pelajar bersikap kurang ajar, nakal dan jahat tetapi juga berpotensi untuk ponteng sekolah yang mana pelajar akan mengalami masalah kemerosotan disiplin.
ReplyDeleteTerima kasih saudara FAhmi kerana sudi berkongsikan pendapat anda tentang tajuk yang telah saya ulas. Ya saya sememangnya setuju dengan saudara yang mengatakan bahawa kanak-kanak seharusnya pandai memilih kawan sebaya yang baik semasa mereka di sekolah mahupun diluar. Hal ini adalah kerana seseorang kanak-kanak tersebut akan mudah terpengaruh dengan rakan mereka kerana mereka akan berasa lebih selesa ketika bersama dengan rakan mereka. Oleh itu, tidak mustahil untuk seseorang kanak-kanak tersebut untuk terlibat dengan gejala sosial yang boleh menjejaskan masa depan mereka sendiri jika berkawan dengan rakan sebaya yang mempunyai sikap yang negatif. Malah, hubungan mereka dengan ibu bapa juga akan semakin renggang jika anak-anak mereka berkawan dengan rakan sebaya yang mempunyai sikap yang negatif tersebut
Deleteselamat sejahtera saudara Rassel. izikan saya memberi pendapat. melalui pandangan saya, rakan sebaya adalah fokus yang penting dalam kehidupan. ia memainkan peranan yang penting dalam pergaulan. Antara peranan-peranan rakan sebaya ialah mereka boleh menjadi kawan kerana mereka boleh memberi pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain. Mereka juga kadang kala boleh menjadi lawan kepada kita kerana mereka mampu mempengaruhi kita dalam bentuk yang negatif atau kejahatan. Rakan sebaya yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang baik akan terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti meningkatkan kemahiran diri manakala rakan sebaya daripada kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah akan memberi kesan yang sama kepada rakan-rakan yang lain. Ini kerana rakan sebaya yang negatif mempengaruhi rakan yang lain untuk bertingkah laku bertentangan dengan tuntutan agama dan norma-norma masyarakat. Nilai-nilai murni yang ditanam dalam kalangan pelajar sejak kecil lagi mungkin tidak mempunyai kesan yang banyak terhadap pengaruh tingkah laku sekiranya pelajar berkenaan tidak berupaya menolak pengaruh rakan sebaya. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar remaja berkenaan boleh berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya.Untuk pengetahuan kita semua, rakan sebaya juga adalah orang-orang yang paling hebat dalam membantu kita mencapai kejayaan akademik. Hal ini demikian, mereka ini mempunyai tahap pemikiran yang sama dengan kita. Jadi, jika mereka memahami sesuatu, mereka boleh terangkan kepada kita dengan lebih mudah. Rakan sebaya juga boleh menjadi sumber rujukan dan sistem sokongan kepada kita. Namun, kita perlu berhati-hati, kerana tidak semua rakan sebaya boleh membantu kita dan pastinya akan ada yang cuba menarik kita ke arah kegagalan walaupun itu bukan niat mereka sebenarnya. Mereka juga turut menyumbang kepada berlakunya masalah gejala sosial terutamanya kepada pelajar-pelajar yag tercicir dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga. Ini adalah fakta yag mengatakan bahawa pengaruh rakan sebaya memang antara punca utama yang boleh membuatkan pelajar bersikap kurang ajar, nakal dan jahat tetapi juga berpotensi untuk ponteng sekolah yang mana pelajar akan mengalami masalah kemerosotan disiplin.
ReplyDeleteSalam sejahtera juga saya ucapkan kepada saudari Aina. Terebih dahulu saya ingin mengucakan terima kasih kepada saudari kerana sudi berkongsi pendapat tentang tajuk yg telah saya ulas di dalam blog saya ini. Ya, saya sememangnya setuju dengan pendapat saudari yang mengatakan bahawa rakan sebaya sememangnya orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan seorang kanak-kanak ataupun pelajr sekolah. Hal ini adalah mereka akan berasa lebih selesa dan dihargai jika bergaul dengan orang yang sebaya dengan mereka. Namun begitu, seperti yang telah saudari kongsikan, kanakkanak seharusnya dididik dengan pengalaman nilai-nilai murni ketika di sekolah agar mereka dapat menolak pengaruh rakan sebaya yang negatif dan boleh merosakkan akhlak seseorang kanak-kanak itu sendiri kerana tidak semua rakan sebaya boleh mengubah seseorang kanak-kanak untuk menjadi orang yang berakhlak mulia. Sekian Terima KAsih.
DeleteHai saudara Rassel Multy, terima kasih kerana mengemukakan isu yang amat amat menarik perhatian saya. Pada pandangan saya, Kita juga perlu mengetahui konsep rakan sebaya itu. Rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.Untuk remaja , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
ReplyDeleteHai saudara Kasmil, terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara kerana sudi berkongsi pendapat tentang tajuk yang telah saya ulas paada blog saya ini. Ya, saya sememangny sangat bersetuju dengan apa yang telah saudara kongsikan iaitu rakan sebaya di mana kanak-kanak boleh belajar menilai diri mereka sendiri dari segi pelbagai aspek. Selepas itu, mereka juga secara tidak langsung akan dapat mematangkan diri sendiri dengan penilaian yang telah dilakukan. Namun begitu, kanak-kanak juga harus pandai serta diajar untuk memilih rakan sebaya mereka agar mereka tidak tersalah pilih kawan dan membuat penilaian yang salah tentang diri sendiri kerana telah menjadikan rakan yang mempunyai masalah perangai yang negatif sebagai panduan untuk menilai diri. Jika keadaan ini berlaku, maka kanak-kanak tersebut akan berubah menjadi seorang kanak-kanak yang mempunyai masalah sosial.
Delete