Forum : Soalan 4
KEADAAN KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK PRA SEKOLAH DAN SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA
Salam sejahtera kepada semua pengunjung setia bagi blogger saya. Entri saya pada kali ini adalah berkisarkan tentang 'Keadaan Kesihatan Mental Kanak-Kanak Pra Sekolah dan Sekolah Rendah di Malaysia". Sebelum saya meneruskan lagi topik ini dengan lebih lanjut, saya ingin kongsikan tentang apakah itu mental ? Mental berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud psyche yang beretipsikis, jiwa atau kejiwaan. James Draver pula mendefinisikan mental sebagai "revering to the mind" yang bererti sesuatu yang berhubungan dengan fikiran atau fikiran itu sendiri.
Kanak-kanak sememangnya zaman yang paling indah dan dipenuhi oleh aktiviti bermain. Namun begitu, adakah golongan kanak-kanak ini juga turut mengalami stress dalam kehidupan seharian mereka ? Kanak-kanak mungkin akan mengalami stress jika mereka diberikan kerja rumah yang banyak oleh cikgu semasa di sekolah. Selain itu, kanak-kanak juga mungkin akan mengalami stress jika mereka sering dimarahi oleh ibu-bapa mereka ketika berada di rumah. Hal ini adalah kerana sikap ibu bapa yang sering melepaskan stress ketika bekerja dengan memarahi anak mereka semasa di rumah.
Selain itu, sikap guru yang tidak kreatif ketika mengajar juga secara tidak langsung dapat mendatangkan stress kepada kanak-kanak. Hal ini kerana sikap kanak-kanak yang sukakan sesuatu yang menggembirakan dan sesuatu yang baru ketika belajar. Oleh itu, guru harus meyelitkan unsur-unsur permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ketika berada di dalam kelas agar kanak-kanak tidak merasa bosan dan secara tidak langsung dapat mendatangkan stress kepada mereka.
Oleh itu, kesihatan mental seseorang kanak-kanak dipengaruhi oleh keadaan di di persekitaran mereka, Adakah mereka mengalami tahap stress yang tinggi bagi anda ?
1.Prasekolah,
ReplyDeleteKanak kanak prasekolah di malaysia ini boleh di bahagi kan pada 2 kategori:
A). Prasekolah Luar Bandar B).Prasekolah Bandar.
Kanak kanak yang di luar bandar apabila memasuki ke alam Prasekolah ada lah sesuatu yang boleh menyebab kan tekanan atau stress pada mereka pada waktu awal mereka memasuki, kerana prasekolah telah mengambil masa seronok (ample time) mereka yang selama ini tidak ada kongkongan pada kanak kanak ini samaada waktu bangun tidur atau waktu mandi dan waktu bermain dan kemana mereka nak bermain. Bila di alam Prasekolah secara otomatis kanak kanak ini mula di ajar displin diri mengenai masa,cara berpakaian,kebersihan,dan mula belajar menghafal bunyi perkataan baru yang tidak pernah mereka impi kan sebelum ini.Keadaan yang begini mengambil masa untuk kanak kanak ini untuk menyesuai kan diri mereka.Ada yang menangis setiap pagi kerana tidak mahu bangun atau tidak mahu ke sekolah.
Berlainan dengan kanak kanak bandar untuk pergi ke sekolah ada lah satu impian pada mereka. Setiap hari mereka akan melihat abang atau kakak mereka akan pakai baju sekolah dan menunggu bas sekolah untuk ke sekolah. Dan apabila mereka dapat mengalami perkara yang serupa dengan abang dan kakak mereka, ini akan membuat mereka juga merasa seronok dan akan mula bercerita perkara yang menyeronokkan apabila mereka balik dari sekolah.
Pada kanak kanak bandar Stress atau tekanan persekolahan amat berkurangan berbanding dengan kanak kanak Luar Bandar.
Peranan Ibu Bapa dan guru amat penting untuk memberi keyakinan dan menambat hati kanak kanak ini untuk mereka suka dan minat untuk datang ke sekolah dan terasa sayang bila tidak dapat datang ke sekolah.
terima kasih saudara Ronaldo kerana telah berkongsi pendapat anda tentang tajuk yang telah saya paparkan di dalam blog saya ini. Saya juga bersetuju bahawa Mentaliti kanak-kanak sanngat dipengaruhi oleh tahap umur mereka. Ini demikian disebabkan oleh kemahiran berfikir mereka yang secara tidak langsung mempengaruhi kestabilan mental mereka.
DeletePeringkat umur prasekolah merupakan peringkat umur yang mana pemikiran mereka baru sahaja mula berkembang dan perlu bimbingan penuh daripada orang sekeliling mereka terutamanya ibu bapa, guru, dan juga rakan-rakan mereka. Oleh yang demikian, keadaan mentel mereka sangat bergantung kepada keadaan sekeliling mereka. mereka boleh tertekan sekiranya berlaku masalah di sekeliling mereka, dan juga keadaan mental mereka di tahap yang baik sekiranya keadaan sekeliling mereka baik. Sekiranya mereka ada masalah peribadi, mereka boleh berada dalam keadaan yang sangat tertekan disebabkan pemikiran mereka yang belum berkmbang sepenuhnya dan belum dapat menganalisis masalah mereka sendiri.
Pada peringkat umur sekolah rendah pula. Pemikiran mereka sudah berkembang berbanding daripada pemikiran mereka pada tahap prasekolah. mereka bsudah mulai untuk mengerti sesetengah perkara dan dapat menganalisis masalah preribadi mereka. Hal ini membuatkan mentaliti mereka semakin kuat dan dapat bertahan dengan tekanan dan stress yang mereka hadapi.
Oleh yang demikian, kanak-kanak pada zaman prasekolah haruslah dibimbing supaya mentaliti mereka dapat dibentuk bagi mengurangkan masalah tekanan mental yang mereka akan hadapi di masa hadapan.
Hello Saudara Rassel. Tajuk yang telah saudara ulas telah menarik perhatian saya. Namun begitu, saya ingin menambah sedikit pendapat tentang isu kesihatan mental kanak-kanak ini. Saya berpendapat bahawa ibu bapalah yang memainkan peranan penting agar anak-anak mereka tidak berada dalam keadaan yang stress dan tertekan. Cara ibu bapa melayan kanak-kanak itu sendiri secara tidak langsung dapat mendatangkan stress terhadap kanak-kanak tersebut.Misalnya, jika ibu bapa melayan kanak-kanak dengan kasar. Ia secara tidak langsung akan menggangu keadaan mental dan stress terhadap kanak-kanak tersebut kerana mereka sering dimarahi oleh ibu bapa mereka. Oleh itu ,Ibu bapa juga harus menjalankan tanggunjawab untuk menjaga anak mereka dengan penuh kasih sayang dan jangan melepaskan stress yang dihadapi di tempat kerja dengan memarahi anak-anak mereka kerana ia dapat mendatangkan kesan negatif terhadap anak-anak mereka itu sendiri. Sekian Terima Kasih.
ReplyDeleteWah! Terima kasih saya ucapkan kepada saudari Ester kerana telah memberikan pendapat saudari terhadap tajuk yang telah saya ulas. Ya, seperti apa yang saudari fikirkan, sememangnya ibu-bapa itu sendiri memainkan peranan penting agar anak-anak mereka tidak mengalami tekanan dan stress Jika anak-anak mereka mengalami stress ia secara tidak langsung akan merenggangkan hubungan mereka dengan ibu bapa mereka sendiri. Anak-anak tersebut juga akan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya kerana mereka akan berasa lebih dihargai dan disayangi dan tidak mustahil jika mereka turut terlibat dalam gejala-gelaja sosial dan aktiviti yang tidak berfaedah seperti merokok, melepak, mencuri dan sebagainya yang bleh menghancurkan masa depan mereka sendiri.
Deleteterima kasih diatas perkongsian anda terhadap tahap kesihatan mental kanak-kanak pra sekolah. berdasarkan kajian kementerian kesihatan malaysia, kanak-kanak sememangnya menhadapi tekanan walaupun mereka masing diperingkat prasekolah. sebagai contoh, Kanak-kanak dan remaja yang tidak beruapaya memenuhi harapan tinggi orang di sekelilingnya (ibu bapa, guru) akan mewujudkan masalah emosi seperti (murung, sedih, resah dangelisah) serta masalah tingkah laku seperti (ponteng sekolah, mencuri, dan terlibat dalam jenayah). mengikut kementerian juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan mempunyai dua jenis tekanan diantaranya ialah yang positif dan tekanan negatif. walaupun begitu tekanan yang positif adalah perkara yang dapat meningkatkan tahap kecerdasan kanak-kanak apabila mereka dihantar kesekolah untuk belajar dan mendapatkan keputusan yang cemerlang. akan tetapi kesan negatif apabila kanak-kanak dikenakan tekanan ialah Kesan emosi adalah seperti menangis, membuat perangai, mengundurkan diri daripada situasi yang tidak disenangi, risau, letih, tertekan, memencilkan diri, marah dan agresif. selain itu, Kesan fizikal adalah seperti sakit kepala atau sakit perut. baiklah itu sahaja pendapat daripada saya. sekian
ReplyDeleteSalam sejhtera dan terima kasih juga saya ucapkan kepada saudara Phillip kerana sudi memberikan pendapat tentang tajuk yang telah saya ulaskan ini. Ya, saya bersetuju dengan apa yang telah saudara kongsikan. Tekanan bukan sahaja mendatangkan kesan positif kepada seseorang kanak-kanak. Namun tekanan juga dapat mendatangkan kesan positif kepada kanak-kanak terbabit. Tekanan positif seperti yang telah saudara tekankan tadi sememangnya secara tidak langsung dapat memotivasikan dirinya untuk belajar bersungguh-sungguh serta tahu akan tujuannya dihantar ke sekolah dan mendapatkan ilmu. Tekanan negatif juga mungkin boleh timbul kerana disebabkan mereka tidak dapat merealisasikn impian ibu-bapa mereka untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan akan diselubungi perasaan takut dimarahi oleh ibu bapa mereka, malah mereka juga akan merasa rendh diri dengan rakan-rakan mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang. Situasi ini juga secara tidak langsung akan mengganggu mental kanak-kanak tesebut dan akan mendapat kanak-kanak tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang murung kerana tekanan yang dihadapi. Ya, tekanan emosi yang terlampau kuat itu juga akan menyebabkan seseorang kanak-kanak tersebut mengalami sakit kepala dan sakit perut dan menambahkan lagi kesakitan yang dialami oleh kanak-kanak tersebut kerana tahap kesihatan mereka juga akan turut terjejas akibat daripada tekanan yang dialami.
Deletesedikit pandangan mengenai saya. kesihatan atau kematangan mentaliti dipengaharuhi oleh umur dan gaya hidup. orang yang lebih berumur biasanya lebih matang berbanding dengan anak- anak muda. Gaya hidup sosial mereka juga mendorong dalam proses pematangan. Dimana mereka bergaul dengan ramai orang. Pergaulan atau nteraksi ini lh yang sebenarnya mematangkan kita.
ReplyDeleteAkan tetapi, berbeza bagi anak-anak kecil seperti prasekolah dan sekolah rendah. dimana pada usia mereka ini, mentaliti mereka lebih tertumpuh kepada hal-hal yang menyoronokan seperti bermain, belajar, menonto TV dan sebagainya. Pada pendapat saya, mentaliti kanak-kanak prasekolah adalah seperti bayi. Dimana mereka akan belajar melalui apa yang mereka lihat dan dengar. Pada usia ini lah, anak-anak ini perlu di didik dengan sebaiknya. Mereka bergantung sepenuhnya kepada orang di sekeliling terutamanya ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Apabila mereka menghadapi masalah mereka akan mencari orang terdekat untuk meluahkan perasaan mereka. anak kecil ini tidak tahu menyelesaikan masalahnya sendiri. dalam erti kata lain, mereka masih tidak tahu berdikari.
pada tahap sekolah rendah, pemikiran mereka semakin berkembang. Pada tahap ini, mereka mula untuk belajar berdikari. Mereka tidak lagi bergantung 100% kepada ibu bapa dalam menyelesaikan tugasan. mereka mula mengenal diri mereka dan bertindak menyelesaikan masalah mereka sendiri. hal ini yang membuatkan mereka semakin kuat.
kesimpulannya, kesihatan anak- anak kecil haruslah dititikberatkan. kerana pada usia ini lh mentaliti mereka sangat sensitif dan rapuh. Bimbingan ibu bapa sangat penting dalam meningkatkan kekuatan mentaliti anak-anak ini.
Terima kasih saudari Aina kerana sudi memberikan pendapat tentang tahap mentaliti kanak-akanak di pra sekolah mahupun sekolah rendah. Ya,sememangnya tahap mentaliti kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dan pra sekolah berbeza. KAnak-kanak yang baru menjejakkan kaki di zaman persekolahan iaitu pra sekolah sememangnya mempunyai tahap mentaliti yang agak rendah. hal ini adalah kerana mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaaan persekitaran yang baru dan dikelilingi ramai kawan-kawan baru ketika berada di sekolah. Mereka juga akan mudah untuk menglamai stress kerana tahap pemikiran mereka masih mentah dan mereka masih tidak tahu mbagaimana untuk mennangani stress yang dihadapi. Antara contoh stress yang dihadapi oleh kanak-kanak pra sekolah adalah ketika mereka dimarahi oleh guru . KAnak-kanak di sekolah rendah pula golongan yang berfikiran yang lebih matang dari kanak-kanak pra sekolah kerana mereka sudah mula boleh mengenalpasti masalah yang dihadapi dan dapat bertahan dengan tekanan stress yang dimiliki. Oleh itu, semua pihak haruslah sentiasa mengambil berat tentang keadaan
Deletemental kanak-kanak di pra sekolah mahupun sekolah rendah kerana hal pelajaran mereka boleh terjejas jika mereka mengalami stress atau tekanan ketika menghadapi sesuatu masalah.