Monday, 7 December 2015

Forum : Soalan 4

Forum : Soalan 4



KEADAAN KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK PRA SEKOLAH DAN SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA

Salam sejahtera kepada semua pengunjung setia bagi blogger saya. Entri saya pada kali ini adalah berkisarkan tentang  'Keadaan Kesihatan Mental Kanak-Kanak Pra Sekolah dan Sekolah Rendah di Malaysia". Sebelum saya meneruskan lagi topik ini dengan lebih lanjut, saya ingin kongsikan tentang apakah itu mental ? Mental berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud psyche yang beretipsikis, jiwa atau kejiwaan. James Draver pula mendefinisikan mental sebagai "revering to the mind" yang bererti sesuatu yang berhubungan dengan fikiran atau fikiran itu sendiri. 

Kanak-kanak sememangnya zaman yang paling indah dan dipenuhi oleh aktiviti bermain. Namun begitu, adakah  golongan kanak-kanak ini juga turut mengalami stress dalam kehidupan seharian mereka ?  Kanak-kanak mungkin akan mengalami stress jika mereka diberikan kerja rumah yang banyak oleh cikgu semasa di sekolah. Selain itu, kanak-kanak juga mungkin akan mengalami stress jika mereka sering dimarahi oleh ibu-bapa mereka ketika berada di rumah. Hal ini adalah kerana sikap ibu bapa yang sering melepaskan stress ketika bekerja dengan memarahi anak mereka semasa di rumah.

Selain itu, sikap guru yang tidak kreatif ketika mengajar juga secara tidak langsung dapat mendatangkan stress kepada kanak-kanak.  Hal ini kerana sikap kanak-kanak yang sukakan sesuatu yang menggembirakan dan sesuatu yang baru ketika belajar. Oleh itu, guru harus meyelitkan unsur-unsur permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ketika berada di dalam kelas agar kanak-kanak tidak merasa bosan dan secara tidak langsung dapat mendatangkan stress kepada mereka.

Oleh itu, kesihatan mental seseorang kanak-kanak dipengaruhi oleh keadaan di di persekitaran mereka, Adakah mereka mengalami tahap stress yang tinggi bagi anda ?

















Forum 3.

Forum : Soalan  3


   KECERDASAN EMOSI DAN SOSIAL ADALAH LEBIH PENTING DARIPADA KECERDASAN INTELEK DALAM DUNIA PEKERJAAN


  Salam sejahtera kepada semua pengunjung setia bagi blogger saya. Entri saya pada kali ini adalah tentang kecerdasan emosi dan sosial lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Sebelum saya melanjutkan lagi topik yang ingin saya utarakan pada kali ini saya ingin menyatakan bahawa apakah yang dimaksudkan tentang emosi dan sosial , menurut Danial Goleman , emosi merujuk kepada suatu perasaan dan fikiran khas, suatu keadaan biologi dan psikologi dan serangkaian kecenderungan seseorang untuk bertindak. Emosi pada dasarnya adalah dorongan untuk bertindak. Sosial pula adalah merupakan segala sesuatu yang dipakai sebagai acuan dalam interaksi antara manusia dalam konteks masyarakat sebagai pemahaman terhadap lingkungan dan berfungsi untuk mengatur tindakan-tindakan yang dimunculkan oleh individu-individu yang tertentu.

definisi sosial
Kembali kepada topik yang telah diutarakan tadi, Emosi sememangnya merupakan satu aset penting dalam kehidupan seharian kita. Tahap Emosi yang baik, tenang, dan sentiasa terkawal akan membolehkan seseorang mengalami tahap sosialisasi yang lebih baik dan sempurna dari segi persekitaran mahupun daya pemikirannya. Apabila kecerdasan emosi dicapai, maka kecerdasan sosial juga akan lebih mudah untuk digapai kerana kedua-dua aspek ini saling berkaitan antara satu sama lain. Sekiranya seseorang telah mencapai kecerdasan emosi dan sosial, maka segala kerja dalam dunia pekerjaan sesorang tu akan mudah untuk disiapkan. Seseorang itu juga akan dapat bekerja dalam keadaan yang tenang gembira, ceria dan dalam keadaan yang sistematik.



Sebaliknya pula akan berlaku jika kecerdasan emosi dan sosial seseorang itu terganggu dan ini membuktikan bahawa kecerdasan intelek yang dimiliki tidak cukup untuk melahirkan seorang pekerja yang mempunyai tahap kecerdasan yang baik. Kecerdasan intelek hanyalah merupakan tiket untuk mendapatkan pkerjaan yang lebih baik. Kecerdasan emosi dan sosial seseorang yang terganggu akan menyebabkan seseorang tersebut bekerja dalam keadaan yang tertekan dan tidak teratur. mudah marah dan cepat berputus asa walaupun mempunyai gaji yang tinggi,



Oleh itu, Kecerdasan emosi dan sosial haruslah dijaga agar prestasi kerja sentiasa teraga dan terjamin sekali gus dapat bekerja dalam keadaan yang ceria dan gembira tanpa sebarang tekanan. Sekian terima kasih






Thursday, 15 October 2015

Forum : Soalan 2


KANAK-KANAK DAN BAPA : KEPENTINGAN HUBUNGAN PERAPATAN

Salam sejahtera buat para pembaca entri saya sekalian. Diharap kalian semua berada dalam keadaan yang baik dan sihat selalu.

Untuk membincangkan topik in, terlebih dahulu saya akan menceritakan definisi dan seterusnya kepentingannya dalam kehidupan kanak-kanak.

Definisi bagi hubungan perapatan adalah satu hubungan kasih sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Perapatan juga berfungsi untuk memberi rasa selamat , selesa dan seronok kepada seseorang. Ianya telah terjalin sejak lahir lagi iaitu semasa bayi berada dalam kandungan seorang ibu. Menurut (Pipp & Haromon, 1987) , perapatan merupakan sejenis hubungan emosi yang kuat antara dua individu yang cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, senyuman atau percakapan. Dalam perkembangan emosi bayi, perapatan yang dibentuk adalah di antara bayi dengan penjaganya. Manakala menurut (Erikson,1986), tahun pertama merupakan jangka masa yang penting membentuk ikatan atau bond atau perapatan antara bayi dan penjaganya. Beliau juga menekankan bahawa kekuatan ikatan ini ditentukan oleh respons yang ditunjukkan oleh ibu bapa atau penjaga kepada bayi.


hubungan perapatan anak dan bapa menjana pembentukan anak-anak
Gambar : sumber dari Google

Hubungan perapatan antara ibu bapa penjaga sangat penting untuk membentuk peribadi dan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak. Menjurus kepada hubngan perapatan antara bapa dan anak, ianya sangat perlu bagi memastikan anak tidak hanya mendapat perhatian dari si ibu malahan perhatian juga perlu didapati daripada si bapa.

Anak-anak yang tidak mempunyai hubungan perapatan yang baik dengan bapa akan menjejaskan nilai moral yang akan terbentuk dalam diri mereka. Hubungan perapatan dengan bapa atau ibu mempengaruhi sosioemosi anak-anak untuk mengharungi sejauhmana anak-anak menilai diri, menganggap diri mereka berharga, dan berhubungan dengan orang lain. Hubungan perapatan dengan bapa selalunya menjadi masalah buat anak-anak kerana ramai di antara mereka beranggapan bahawa bapa merupakan individu yang digeruni dan dilabel sebagai seorang yang garang.


Sehubungan dengan itu, hubungan perapatan bapa dengan anak-anak amatlah penting dalam mensosialisaikan dan membangkitkan nilai-nilai dalam diri anak-anak. Diharap perkongsian saya kali ini, memberikan input yang baik buat kalian semua.


P/S: Semoga perkongsian ini dapat ditambah dengan komen dan pandangan dari para pembaca sekalian

Forum : Soalan 1



TAHAP SOSIOEMOSI DAN KANAK KANAK


Selamat sejahtera kepada para pembaca sekalian. Entri saya pada kali ini adalah berkisar mengenai sosioemosi kanak-kanak yang dibina melalui beberapa faktor persekitaran.
Namun, di sini saya ingin menggariskan faktor yang penting mempengaruhi nilai sosioemosi kanak-kanak iaitu yang datang dari pengaruh rakan sebaya.

Perkembangan sosioemosi ialah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.
Perkembangan ini dapat dilihat sama ada melalui tingkah laku positif seperti berkongsi, berdikari dan mengikut peraturan atau tingkahlaku negative seperti bergaduh, mengasingkan diri dan kurang berkeyakinan diri. Faktor persekitaran kehidupan kanak-kanak banyak mempengaruhi nilai sosioemosi seseorang kanak-kanak.

Antara mereka yang beroleh pengaruh kuat dalam mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak adalah dari kalangan rakan sebaya mereka. Rakan sebaya merupakan individu yang paling kuat member pengaruh kepada kanak-kanak dengan diperkuatkan lagi melalui satu kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale yang menyatakan , kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka Malecki & Elliott,1999. Apa sahaja penyebab seseorang pelajar itu Berjaya adalah pengaruh rakan sebaya kepada mereka. Namun apabila umur kanak-kanak semakin meningkat dewasa , mereka tidak lagi memikirkan hal tersebut. Mereka akan menerima sahaja sesiapa yang ingin berkawan dengan mereka yang mereka selesa dan seronok. Jadi, cara menerima seseorang itu masuk dalam hidup kita bergantung kepada bagaimana perasaan kita terhadap orang itu.

Kajian Quek Miow Leng,2006 , tentang kumpulan sebaya banyak membawa kesan terhadap pencapaian dan aspirasi pelajar jika dibandingkan dengan latar belakang atau komposisi sekolah. Manakala Nursuhaili 2010 , turut menyatakan bahawa rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan kebolehan sosial serta kognisi sosial. Menurut beliau juga, selain  daripada mengembangkan kebolehan dan kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang individu. Tingkah laku yang biasnya dipengaruhi biasanya merangkumi cara bercakap, cara berpakaian dalam kehidupan seharian, dan juga cara kanak-kanak itu menuntut ilmu. 


sumber dari Google
                                     

Menurut Nursuhaili,2010 ,kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku , personaliti, kemahiran, serta kebolehan. Peranan rakan sebaya bagi kanak-kanak adalah sebahagian dari lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Menurut pandangan Rohani Abdullah, 2001  beliau menekankan kepentingan peranan rakan sebaya adalah sangat positif dalam mempengaruhi perkembangan sosial , bahasa dan pendidikan seseorang kanak-kanak.

Jelaslah di sini, perkembangan sosioemosi kanak-kanak perlulah dibentuk dan dipupuk sedari mereka kecil lagi. Sila lontarkan pandangan dan komen anda di entri saya pada kali ini. Moga kita dapat bertukar pandangan dan berkongsi info yang lebih mengenai sosioemosi dan kanak-kanak.


Sekian dahulu coretan entri saya pada kali ini. J

Sunday, 27 September 2015

Pengenalan .


Mengenali Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Selamat sejahtera kepada para pembaca sekalian. Di harap para pembaca dapat berkongsi pendapat bersama saya di dalam setiap entri penulisan saya.
Pada kali ini, saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai apa itu Pendidikan Awal 
Kanak-Kanak. Siapa itu kanak-kanak dan apakah keperluan mereka.

Secara umumnya,  pendidikan awal kanak-kanak ditakrifkan sebagai pendidikan kanak-kanak yang bermula daripada saat kelahirannya hingga kepada umur lapan tahun. Pendidikan ini termasuk program –program untuk bayi (infants) , untuk kanak-kanak yang baru bertatih (toddlers) , untuk sekolah asuhan kanak-kanak (child care) , dan program-program prasekolah yang termasuk kindergarten dan peringkat sekolah rendah. Kadang-kadang prndidikan awal kanak-kanak dirujuk kepada program-program yang diperuntukkan kepada kanak-kanak di bawah umur enam tahun, atau kanak-kanak sebelum memasuki kindergarten.

Kanak-kanak ialah manusia muda, iaitu seseorang yang masih muda, iaitu seseorang yang masih belum mencapai baligh. Peringkat perkembangan manusia adalah bermula dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua.




Moga perkongsian saya ini dapat memberikan satu penambahan info buat kalian sebagai pembaca :)