Thursday, 15 October 2015

Forum : Soalan 2


KANAK-KANAK DAN BAPA : KEPENTINGAN HUBUNGAN PERAPATAN

Salam sejahtera buat para pembaca entri saya sekalian. Diharap kalian semua berada dalam keadaan yang baik dan sihat selalu.

Untuk membincangkan topik in, terlebih dahulu saya akan menceritakan definisi dan seterusnya kepentingannya dalam kehidupan kanak-kanak.

Definisi bagi hubungan perapatan adalah satu hubungan kasih sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Perapatan juga berfungsi untuk memberi rasa selamat , selesa dan seronok kepada seseorang. Ianya telah terjalin sejak lahir lagi iaitu semasa bayi berada dalam kandungan seorang ibu. Menurut (Pipp & Haromon, 1987) , perapatan merupakan sejenis hubungan emosi yang kuat antara dua individu yang cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, senyuman atau percakapan. Dalam perkembangan emosi bayi, perapatan yang dibentuk adalah di antara bayi dengan penjaganya. Manakala menurut (Erikson,1986), tahun pertama merupakan jangka masa yang penting membentuk ikatan atau bond atau perapatan antara bayi dan penjaganya. Beliau juga menekankan bahawa kekuatan ikatan ini ditentukan oleh respons yang ditunjukkan oleh ibu bapa atau penjaga kepada bayi.


hubungan perapatan anak dan bapa menjana pembentukan anak-anak
Gambar : sumber dari Google

Hubungan perapatan antara ibu bapa penjaga sangat penting untuk membentuk peribadi dan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak. Menjurus kepada hubngan perapatan antara bapa dan anak, ianya sangat perlu bagi memastikan anak tidak hanya mendapat perhatian dari si ibu malahan perhatian juga perlu didapati daripada si bapa.

Anak-anak yang tidak mempunyai hubungan perapatan yang baik dengan bapa akan menjejaskan nilai moral yang akan terbentuk dalam diri mereka. Hubungan perapatan dengan bapa atau ibu mempengaruhi sosioemosi anak-anak untuk mengharungi sejauhmana anak-anak menilai diri, menganggap diri mereka berharga, dan berhubungan dengan orang lain. Hubungan perapatan dengan bapa selalunya menjadi masalah buat anak-anak kerana ramai di antara mereka beranggapan bahawa bapa merupakan individu yang digeruni dan dilabel sebagai seorang yang garang.


Sehubungan dengan itu, hubungan perapatan bapa dengan anak-anak amatlah penting dalam mensosialisaikan dan membangkitkan nilai-nilai dalam diri anak-anak. Diharap perkongsian saya kali ini, memberikan input yang baik buat kalian semua.


P/S: Semoga perkongsian ini dapat ditambah dengan komen dan pandangan dari para pembaca sekalian

8 comments:

  1. Salam saudara. Saya cukup tertarik dengan forum anda tentang perapatan hubungan antara bapa dan anak. Seperti yang saudara sendiri bahas bahawa perapatan antara bapa dan anak adalah susah. Pada pendapat saya, hubungan ini tidak sukar jika dibentuk dari awal. Disini kita dapat melihat peranan bapa sebagai penjaga kepada anak adalah sangat diperlukan. Seorang bapa seharusnya mengambil tindakan awal untuk memulai hubungan ini untuk melahirkan hubungan yang baik antara anak. Seorang anak yang dibimbing oleh ayahnya yang peduli, prihatin, dan menjaga komunikasi akan cenderung berkembang menjadi anak yang baik, berpendirian teguh dan memiliki pengendalian eomsi yang lebih stabil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera saudari Era, Terima kasih kerana sudi berkongsikan pendapat saudari tentang tajuk yang telah saya ulas dalam blog saya. Saya sememangnya setuju dengan pendapat saudari tentang peranan bapa sebagai ketua keluarga yang memainkan peranan penting dalam memastikan anaknya dijaga dengan penuh kasih sayang agar anaknya tidak diabaikan dan tidak tertekan sekali gus boleh merenggangkan hubungan silaturahim di antara anak dan bapanya. Oleh itu, bapa haruslah sentiasa tahu akan keadaan anaknya dan prestasi pencapaian anaknya ketika di sekolah dan sentiasa memberi dorongan yang positif kepada anaknya agar anaknya berasa sentiasa dihargai dan disayangi. Terima kasih.

      Delete
  2. Antara masalah yg akan timbul sekiranya anak tidak rapat dengan dengan bapa termasuklah kurang pendidikan awal. Mereka tidak dapat membuat keputusan yang baik dalam menyelesaikan masalah mereka. Peranan bapa sebagai ketua keluarga untuk mendidik anak dalam menyelesaikan masalah dan mengurus diri sangat penting bagi membiasakan mereka untuk berhadapan dengan dunia luar yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, keregangan hubungan antara anak dan bapa akan menyebabkan anak tudak dapat mendapat pendedahan awal dalam pengurusan diri da menyelesaikan masalah.

    Selain itu, hubungan yang regang antara anak dan bapa juga menyebabkan anak kurang mendapatkan kasih sayang. Keadaan ini membuatkan mereka tertekan terutamanya apabila mereka membandingkan kasih sayang yang mereka dapat daripada bapa mereka sendiri dengan kasih sayang anak-anak lain dengan bapa mereka yg lebih baik. Hal ini membuatkan mereka sedih dan kecewa serta tertekan dengan keadaan yang mereka hadapi.

    Seterusnya, hubungan yang reganag antara bapa da anak juga membuatkan kebajikan anak tidak dijaga dengan baik. Memahami keprluan anak dari segi keperluan harian seperti buku untuk belajar, mahupun permainan untuk memenuhi masa lapang mereka, atau menjaga makan minum serta kesihatan mereka sangat penting. Tanpa hubungan antara bapa dan anak yang baik, kebajikan kanak-kanak tidak dapat dipenuhi dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera saudara Ronaldo dan terima kasih saya ucapkan kerana sudi berkongsi pendapat tentang tajuk yang telah saya ulas dalam blog ini. Seperti apa yang telah saudara kongsikan, Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.Antara masalah yang dihadapi jika kanak-kanak tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa ialah, Hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka.

      Delete
  3. Salam 1 Malaysia Sayara Rassel. Saya ingin mengutrakan pendapat saya tentang taju yang telah saudara ulas. Pada zaman sekarang, menjadi bapa jauh lebih mencabar berbanding dengan zaman dahulu. Bukan sekadar bapa sahaja yang bekerja , malah majoriti kaum ibu juga perlu bekerja bagi menampung perbelanjaan seisi rumah. Masa anak-anak lebih banyak dengan kawan-kawan di sekolah, pusat jagaan asuhan kanak-kanak dan mungkin bersama datuk atau neneknya. Tidak hairanlah golongan kanak-kanak akan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan atau orang yang sentiasa rapat dengannya. Saudara mungkin boleh berikan tips atau tentang bagaimana untuk menjadi bapa yang sentiasa megambil berat tentang anak-anaknya di zaman moden ini. Sekian Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam 1 Malaysia juga saudari Esterrina. Terlebih dahulu saya ingn mengucapkan terima kasih kerana sudi melontarkan pendapat kepada saya tentang tajuk yang telah saya paparkan pada blog saya ini. Ya, saya sememangnya sangat setuju dengan pendapat saudari tentang peranan bapa zaman sekarag dan zaman dahulu. Golongan bapa pada zaman kini sememang sangat sibuk dengan hal-hal kerja dan ada yang hanya datang ke rumah untuk tidur sahaja kerana telah seharian berada di tempat kerja mereka. Hal ini akan menyebabkan mereka tidak mengambil berat tentang hal anak-anak mereka. Oleh itu, sebagai seorang bapa yang menjadi ketua kepada keluarga, mereka seharusnya sentiasa tahu tentang kemajuan serta perangai anak mereka, mereka juga harus sentiasa meluangkan masa dengan anak mereka dan tidak terlalu sibuk dengan hal-hal kerja. Hal ini adalah kerana anak tersebut akan merasa dihargai apabila bapanya sentiasa mengambil berat tetang mereka dan secara tidak langsung akan terjalin hubungan perapatan yang baik di antara si anak dan bapa. Sekian Terima kasih.

      Delete
  4. Salam sejahtera saya ucapkan kepada saudara. Terima kasih terhadap perkongsian yang diberikan berkenaan masalah kanak-kanak yang dihadapi pada masa kini. berbalik kepada kesan yang akan dihadapi oleh masyarakat kita apabila masalah ini sering berlaku iaitu kanak-kanak akan menghadapi masalah sosial. antara masalah yang akan dihadapi oleh kanak-kanak tersebut adalah gejala sosial seperti terpengaruh dengan budaya luar, kanak-kanak yang tidak rapat dengan anggota keluarga akan mencari individu yang memahami mereka iaitu rakan sebaya. apabila kanak-kanak ini telah terjerumus dengan aktiviti rakan sebaya mereka apatah lagi kanak-kanak ini berada dalam rakan sebaya yang mempunyai masalah sosial. misalnya merokok, namun masalah terbaru iaitu masalah vape. perkara ini menjadi meluas apabila ibubapa tidak mendekatkan diri mereka dengan anak-anak mereka kerana sebagai seorang yang dewasa kita hendaklah sentiasa memberi perlindungan dan tunjuk ajar yang baik untuk kanak-kanak tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera juga saya ucapkan kepada saudara Phillip. Terima kasih saya ucapkan kepada saudara kerana sudi melontarkan pendapat tentang tajuk yang telah saya paparkan. Saudara, memang tidak dinafikan bahawa kanak-kanak sememangnya mudah untuk terlibat dengan gejala sosial jika mereka tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan penjga mereka. Perkara ini tidak seharusnya dibiarkan kerana keadaan ini hanya mendatangkan kesan negatif terhadap semua pihak malah masa depan kanak-kanak itu sendiri juga akan terjejas jika mereka terlibat dalam gejala sosial ini. Kebanyakan gejala sosial ini berlaku adalah kerana kanak-kanak tersebut tidak mendapat perhatian serta kasih sayang yang secukupnya daropada ibu bapa mereka. Ini menunjukkan bahawa proses perapatan di antara si anak dan bapa sememangnya sangat penting agar kanak-kanak tidak akan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya mereka yanng terlibat dengan aktiviti gejala sosial yang hanya merosakkan diri sendiri . Ibu-bapa juga hendaklah sentiasa memberikan perlindungan serta kasih sayang yang cukup kepada anak mereka.

      Delete