Monday, 7 December 2015

Forum 3.

Forum : Soalan  3


   KECERDASAN EMOSI DAN SOSIAL ADALAH LEBIH PENTING DARIPADA KECERDASAN INTELEK DALAM DUNIA PEKERJAAN


  Salam sejahtera kepada semua pengunjung setia bagi blogger saya. Entri saya pada kali ini adalah tentang kecerdasan emosi dan sosial lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Sebelum saya melanjutkan lagi topik yang ingin saya utarakan pada kali ini saya ingin menyatakan bahawa apakah yang dimaksudkan tentang emosi dan sosial , menurut Danial Goleman , emosi merujuk kepada suatu perasaan dan fikiran khas, suatu keadaan biologi dan psikologi dan serangkaian kecenderungan seseorang untuk bertindak. Emosi pada dasarnya adalah dorongan untuk bertindak. Sosial pula adalah merupakan segala sesuatu yang dipakai sebagai acuan dalam interaksi antara manusia dalam konteks masyarakat sebagai pemahaman terhadap lingkungan dan berfungsi untuk mengatur tindakan-tindakan yang dimunculkan oleh individu-individu yang tertentu.

definisi sosial
Kembali kepada topik yang telah diutarakan tadi, Emosi sememangnya merupakan satu aset penting dalam kehidupan seharian kita. Tahap Emosi yang baik, tenang, dan sentiasa terkawal akan membolehkan seseorang mengalami tahap sosialisasi yang lebih baik dan sempurna dari segi persekitaran mahupun daya pemikirannya. Apabila kecerdasan emosi dicapai, maka kecerdasan sosial juga akan lebih mudah untuk digapai kerana kedua-dua aspek ini saling berkaitan antara satu sama lain. Sekiranya seseorang telah mencapai kecerdasan emosi dan sosial, maka segala kerja dalam dunia pekerjaan sesorang tu akan mudah untuk disiapkan. Seseorang itu juga akan dapat bekerja dalam keadaan yang tenang gembira, ceria dan dalam keadaan yang sistematik.



Sebaliknya pula akan berlaku jika kecerdasan emosi dan sosial seseorang itu terganggu dan ini membuktikan bahawa kecerdasan intelek yang dimiliki tidak cukup untuk melahirkan seorang pekerja yang mempunyai tahap kecerdasan yang baik. Kecerdasan intelek hanyalah merupakan tiket untuk mendapatkan pkerjaan yang lebih baik. Kecerdasan emosi dan sosial seseorang yang terganggu akan menyebabkan seseorang tersebut bekerja dalam keadaan yang tertekan dan tidak teratur. mudah marah dan cepat berputus asa walaupun mempunyai gaji yang tinggi,



Oleh itu, Kecerdasan emosi dan sosial haruslah dijaga agar prestasi kerja sentiasa teraga dan terjamin sekali gus dapat bekerja dalam keadaan yang ceria dan gembira tanpa sebarang tekanan. Sekian terima kasih






8 comments:

  1. Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia perkerjaan.Secara dasar nya di dalam penghidupan sebagai manusia,Kecerdasan emosi dan sosial lebih di dahulu kan dari kecerdasan intelek.Kehidupan alam pekerjaan bermula dari Kecerdasan emosi dan dan social dan hendak la di pupuk dari kecil lagi dan bergantung bagaimana penghidupan seharian sesebuah famili itu Untuk memulakan penghidupan seharian kecerdasan emosi akan mempengaruhi kecerdasan social.Jika bermula dengan emosi yang kurang baik maka hubungan social juga akan kurang baik dan suram di antara family sendiri , komuniti dan rakan sekerja. Ini akan mempengaruhi kecerdasan intelek di dalam bidang pekerjaan.Ini akan menyebabkan mutu kerja dan output hasil kerja yang kurang bermutu.Secara tidak langsung prestasi diri dan kerja akan terjejas dengan sendiri nya. Perhubungan kekeluargaan dan kekitaan di dalam penghidupan seharian boleh mempengaruhi dan merangsang kan lagi kecerdasan emosi supaya minda dan fizikal supaya sentiasa di dalam keadaan FIT.Kecerdasan intelek amat di perlu kan di dalam semua jenis pekerjaan mahu pun di rumah atau pun di tempat kerja.Dengan kecerdasan intelek mutu kerja akan bertambah baik dan ini kan meninggkatkan lagi Prestasi diri dan institusi itu sendiri.Suasana Tempat kerja yang conduksif juga akan menyebabkan kecerdasan emosi dan social akan sentiasa dalam keadaan baik dan kecerdasan intelek dapat di perguna kan dengan sebaik baik nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera saya ucapkan kepada saudara Ronaldo dan terima kasih saya ucapka keerana sudi berkongsi pendapat tentang tajuk yang telah saya ulas di dalam blog saya ini. seperti apa yang telah saudara kongsikan,kecerdasan emosi dan sosial lebih berperanan penting dan lebih baik dalam personaliti seseorang individu berbanding kecerdasan intelek. kejayaan seseorang dalam kehidupan bukanlah semata-mata disebabkan oleh kecerdasan inteleknya (IQ), kecerdasan emosi dan sosial juga boleh membawa kejayaan, malahan lebih banyak lagi memberi sumbangan kejayaan individu berbanding kecerdasan intelek. Hal ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Goleman pada tahun 1998 yang menyatakan bahawa 80 peratus kejayaan bergantung kepada kecerdasan emosi dan sosial .manakala selebihnya 20 peratus adalah bergantung kepada kecerdasan intelektual (IQ), kenyataan ini dibuat berdasarkan kajian yang dijalankan olehnya ke atas beribu-ribu orang ahli profesional yang berjaya dalam bidang masing-masing serta penyelidikan yang dilakukan terhadap 500 buah organisasi di seluruh dunia. Sebenarnya kecedasan intelek hanya dimiliki oleh sesetengah manusia sahaja dan hanya dapat diwarisi secara genetik atau biologikal, berbanding kecerdasan emosi yang saling berkait rapat dengan kecerdasan sosial, ia dimiliki oleh setiap manusia tidak kira dari latar belakang mana sekalipun seseorang itu datang. Kecerdasan emosi dan sosial boleh dipelajari, dikembangkan dan ditingkatkan iaitu daripada pengalaman yang didapati sebelum ini. Semakin banyak seseorang itu menerima pengalaman seperti menguruskan emosinya ketika menghadapi tekanan, maka tahap kecerdasan emosinya dan sosial juga semakin tinggi. Kecerdasan emosi dan sosial penting dalam setiap individu, sama ada terhadap pemimpin, pengurus, pelajar dan sebagainya. Dalam hal yang lain, kecerdasan intelek (IQ) tidak berupaya membentuk akhlak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar, kecerdasan intelek yang tidak dikawal dengan emosi dan sosial yang pintar, biasanya akan membawa kepada kelakuan yang tidak baik. Dengan adanya kecerdasan emosi dan sosial seseorang akan mampu menilai kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan, keadaan ini membolehkannya mudah mencapai sesuatu matlamat dengan adanya disiplin tersebut.

      Delete
  2. Hai Saudara Rassel. Berdasarkan apa yang telah saudara ulas,memang betul bahawa kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Hal ini kerana , perkembangan emosi merupakan dorongan untuk bertindak melakukan suatu perlakuan. Kecerdasan sosial pula ialah dimana individu tersebut mencapai kematangan dalam segala pemikiran dan tindakan yang dilakukan oleh mereka. Pekerjaan pula ialah suatu tindakan yang dilakukan oleh setiap manusia untuk mencari pendapatan atau rezeki.Tidak dinafikan lagi bahawa kecerdasan intelek adalah penting untuk mencapai pekerjaan yang diingini,tetapi sekiranya seseorang individu tersebut tiada kecerdasan emosi dan sosial yang baik, seseorang individu itu akan mengalami kesusahan untuk berinteraksi dengan orang disekelilingnya. Sebagai contoh, seseorang akan mudah untuk bergaduh dengan rakan sekerjanya yang lain jika inidividu tersebut tidak dapat untuk mengawal emosi dirinya sendiri dan akan menjejaskan mutu hasil kerjanya.Walau bagaimanapun, kebijaksanaan yang dimiliki oleh seseorang individu, andai kata tiada kecerdasan emosi dan sosial tidak dihadapi dengan baik pun tidak ada baiknya juga. Setakat itu sahaja dari saya sekian dan terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai saudari Esterrina. Terima kasih saya ucapkan atas kesudian saudari yang telah berkongsi pendapat tentag tajuk yang telah saya paparkan di blog saya ini. Bedasarkan apa yang telah saudari kongsikan, memang tidak dinafikan lagi bahawa kecerdasan emoosi serta sosial yang dimiliki oleh seseorag itu memainkan peranan yang lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam mewujudkan suasana kerja yang harmoni. Kecerdasan intelek juga penting semasa bekerja untuk menghasilkan hasil kerja yang berkualiti seperti yang ditetapkan oleh majikan namun begitu, kecerdasan intelek tidak akan dapat dipraktikkan jika seseorang pekerja itu tidak memilki tahap kecerdasa emosi serta sosial yang baik yang banyak memainkan peranan agar seseorang pekerja tersebut dapat menyesuaikan diri serta mengawal stress yang dihadapi di dalam pekerjaan. Ketiga-tiga tahap kecerdasan ini saling berkait rapat dalam melahirkan seorang pekerja yang berkualiti .

      Delete
  3. pada pandangan saya, saya bersetuju dengan tajuk yang dibahaskan di mana, kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Hal ini kerana, seseorang individu yang kecerdasan emosinya berbanding kecerdasan intelek juga boleh menyebabkan konflik dalalm dirinya.Apabila emosi tidak stabil, maka tingkah laku seseorang juga tidak akan stabil. Keadaan ini dapat dilihat apabila terdapat segelintir individu yang mempunyai tahap kecerdasan intelek(IQ) yang tinggi tetapi menyalahgunakan kelebihan tersebut bagi tujuan melakukan perbuatan negatif dengan melakukan jenayah dan kes-kes devian sosial seperti perompakan,penculikan dan pembunuhan. Sebagai contoh, Ted Bundy adalah merupakan pembunuh bersiri sekitar pada tahun 1985-1990 di Amerika Syarikat yang dikatakan mempunyai tahap IQ yang tinggi.Begitu juga dengan halnya kemunculan penggodam komputer ataupun 'hacker' yang dikatakan mempunyai IQ yang tinggi. Semua ini secara umumnya jelas menunjukkan bahawa kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial adalah lebih berperanan penting dan lebih baik dalam menentukan kejayaan seseorang individu. Begitu juga dalam dunia pekerjaan seseorang individu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Saudara Philip. Terlebih dahulu, terima kasih saya ucakan kepada saudara kerana telah memberi maklum balas tentang tajuk yang telah saya ulas dalam blog saya ini. Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudara yang mengatakan bahawa kecerdasan emosi sememangnya meninggalkan kesan yang amat besar sama ada kesan positif mahupun kesan negatif terhadap seseorang individu tersebut. Seperti apa yang telah saudara kongsikan, seseorang yang memiliki tahap kecerdasan intelek yang tinggi juga akan cenderung untuk melakukan sesuatu perkara yang negatif kerana individu tersebut gagal ntuk mengawal emosi diri serta tekanan yang dihadapi semasa bekerja. Mereka akan menggunakan kecerdasan intelek yang dimiliki untuk melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang kerana bagi mereka, dengan melakukan perkara tersebut, mereka akan berasa puas hati. Oleh itu, setiap orang haruslah mempunyai tahap kecerdasan emosi yang baik agar mereka dapat berfikir dengan lebih rasional sebelum hendak melakukan sesuatu ketika mengalami stress.

      Delete
  4. Pada pendapat saya pula, untuk era globalisasi ini dua aspek iaitu kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial adalah sangat penting dan tidak boleh dipisahkan daripada dunia pekerjaan. Ini kerana kecerdasan emosi dan sosial membantu dalam meningkatkan mutu pekerjaan. Kecerdasan sosial adalah interpesonal iaitu hubungan sesama manusia. Sekiranya aspek ini tiada, ia akan menjadi kekangan dalam karier seseorang. Oleh itu, jelaslah bahawa akademik bukan ukuran dalam menentukan kejayaan seseorang dalam kariernya. Sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saaudari Aina kerana sudi melontarkan pendapat tentang tajuk yang telah saya kongsikan ini. Ya saya sememangnya setuju dengan pendapat saudari tentang kecerdasan sosial yang membolehkan kita untuk lebih mudah berinteraksi dengan orang lain. Kecerdasan sosial yang baik juga akan membolehkan kita agar lebih mudah untuk berinteraksi dengan rakan sekerja yang lain di dalam dunia pekerjaan. Hal ini secara tidak langsung membolehkan menggunakan kecerdasan intelek itu dengan baik jika kita dapat bekerja dalam suasana yang harmoni dengan kecerdasan sosial yang kita miliki untuk berkomunikasi dengan orang lain. Terima Kasih

      Delete